Mimi

  Ada seekor kucing yang comel iaitu Mimi.Mimi disayangi ramai kerana kebaikannya yang selalu menolong rakan-rakanya.Ramai rakan-rakannya yang ingin menjadi rakan baiknya.

  Suatu hari,si tupai mengajak si mimi keluar berjalan-jalan di tepi sungai.Si monyet tidak berpuas hati kerana kawan baiknya tupai tidak mengajaknya sekali. 

  Sewaktu mimi dan si tupai berjalan-jalan di tepi sungai,si monyet mengekori mereka.Tanpa disedari si monyet menolak si tupai kedalam sungai.Mimi segera menyelamatkan si tupai.Waktu itu si monyet terus melarikan diri.

  Si tupai pengsan akibat lemas.Mimi membawa si tupai ke rumahnye untuk dirawat.Ibu bapa si tupai dan sedih dan ingin mencari siapa yang menolaknya.Mimi menceritakan perkara sebenar,yang si monyet yang menolaknya.

  Ibu bapa si tupai berjumpa dengan si monyet,lalu memarahinya.Si monyet tidak mahu mengaku kesalahannya.Lalu, dia menuduh mimi yang mengajak tupai ke tepi sungai lalu menolaknya ke dalam sungai.

  Mimi sedih kerana dituduh.Mimi berkata bukan saya yang lakukan tapi si monyet.Setelah si tupai sedar dari pengsan dia berkata bukan salah mimi,saya yang mengajaknya,tapi si monyet yang bersalah!

  Saya tak percaya awak lagi si monyet.Dulu kita kawan baik sekarang bukan lagi.Mimi berkata maafkanlah si monyet wahai tupai.Dia kan kawan baik awak.Ya maafkanlah saya tupai.Saya tahu saya salah.Tupai pun memmaafkan si monyet.Lalu mereka bertiga berkawan baik.


                                           -TAMAT-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thanks sebab sudi baca entri misha.Dipersilakan komen :)