Kisah 1:Geng k-pop VS Geng sos


 Setiap hari tiga sahabat ini akan terus pergi ke kantin sekolah untuk bersarapan bersama-sama Syana,Eyza dan Allisya.Mereka ini bagai isi dengan kuku.Menu pagi mereka sama setiap hari iaitu nasi lemak dan teh'o panas.Semasa bersarapan mulut mereka bertiga pasti tidak akan berhenti bercakap tentang K-pop.Mereka tidak akan ubah topik.

  Dimulai dengan Syana,"semalam aku tengok kumpulan Infinite menyanyi best betul,lagi-lagi 'L'.Seterusnya cerita Eyza,'Aku pulak,tengok drama korea kat tv chanel 393,sedih betul anaknya bunuh mak sendiri.Nasib baik aku dah beli kotak tisu banyak-banyak semalam.Mak dan adik aku pun tengok sekali,habis tisu aku dikerjakan diorang.

  Kata Allisya pula,'Aku semalam karaoke,nyanyi lagu korea,ko tahu kan waktu harijadi aku,ayah aku belikan set karaoke untuk aku.Aku apa lagi nyanyila puas-puas.Tapi aku bengan betul sebab jiran sebelah tu marah-marah aku,suruh diam sikit.'Begitulah,cerita tiga sahabat ini.Kalau diikutkan,panjang ceritanya,tapi kita pendekkan.

  Setelah selesai makan,mereka pun pulang ke tapak perhimpunan untuk berhimpun semula.Sebenarnyamereka ni malas nak dengar cikgu beri ucapan,tapi nak buat camna.Ketika berjalan hendak masuk ke kelas,mereka terserempat dengan Geng Sos.Geng Sos dipanggil 'sos' kerana bila geng ni lalu depan,sebelah mana-mana orang pun,orang tu akan cakap 'sos' sebagai tanda bahaya.

  Geng ni sama seperti tiga orang sahabat tadi,gilakan k-pop.Cuma sifat geng ni,pertama suka mengumpat.Kedua,suka merendahkan orang lain.kerana mereka anggap mereka ketua dalam sekolah ni.Dan akhir sekali,mereka ialah musuh kepada Geng k-pop iaitu terdiri daripada,Syana,Eyza dan Allisya.Malangnya,Allisya terlanggar salah seorang ahli geng sos,iaitu Niliya.Buku yang dipegang oleh Aira seorang lagi geng sos terjatuh,Allisya juga terjatuh.

  Ketua geng sos,Meyra sedikit berasa marah tapi dia bersabar.Dia tidak marah tapi hanya buat muka.Mungkin mood dia tak baik.Cuma Aira dan Niliya sahaja yang tahu kenapa dengan Meyra.Syana dan Eyza segera menolong Allisya.Geng sos segera pergi dari situ.Geng k-pop juga beredar dari situ.Mereka tertanya-tanya kenapa Meyra tidak begitu marah dan kecoh.Termenung sambil mencari jawapan.

  Sarah,si penyebar gosip,menyerbu tempat mereka,mereka terkejut dibuatnya.Jika Sarah mendapat gosip terbaru pasti dia akan memberitahu orang lain."Tadi aku nampak Allisya terlanggar Aira dan Meyra tidak marah,sebenarnya mak Meyra sakit paru-paru jadi ibu Meyra masuk hospital."tu jela aku nak bagitahu korang"

  Syana rasa hendak bagitahu guru supaya membuat sebuah tabung derma untuk membantu Meyra.Walaupun Meyra tu musuh kepada geng k-pop,tetapi geng k-pop juga ada hati perut.





copy from>  najihah      

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thanks sebab sudi baca entri misha.Dipersilakan komen :)